Neo-Destour Habib Bourguiba

Sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Parti Destour, Bourguiba mendapati dirinya kurang serasi dengan wawasan parti arus perdana, yang berakhir dengan Peristiwa Monastir 8 Ogos 1933 berkaitan kerakyatan Tunisia. Bourguiba mahu meletak jawatan tetapi ditolak lalu ditubuhkan Parti Destour Neo di Ksar Hellal pada 2 Mac 1934 dengan Bourguiba diangkat sebagai Ketua Setiausaha Biro Politik. Majoriti rakyat Tunisia dari kawasan desa mendaftar sebagai ahli parti. Dalam beberapa tahun tertubuh lebih 400 cawangan (sel) Destour Neo.